25/06/2011

DIPLOMA SENI REKA GRAFIK |Computer Graphic Design

www.cosmopointcollege.com


DIPLOMA SENI REKA GRAFIK |Computer Graphic Design


PENGENALAN                                         
Diploma Seni Reka Grafik Berkomputer direka untuk membangukan kemahiran dan pengetahuan pelajar secara praktikal sebagai persiapan menghadapi dunia kerjaya sebenar. Gabungan kemahiran perisian komputer, konsep dan kreativiti selaras dengan industri seni reka grafik masa kini yang kompetitif.

MATLAMAT KURSUS
  • Membangunkan kemahiran pelajar agar mahir secara teknikal dan berpengetahuan luas bagi menyahut kerjaya mencabar sebagai pereka grafik yang berkebolehan menggabungkan kreativiti, konsep dan kemahiran perisian komputer dalam industri reka bentuk grafik yang amat kompetitif.
  • Membangunkan pengetahuan pelajar bagi memastikan mereka berkemampuan menyelesaikan masalah visual secara berkesan dan efektif.
  • Membina kemahiran dan pengetahuan asas berkaitan dengan daya pemikiran kreatif, lukisan, media digital, reka bentuk grafik dan pengajian bidang rekaan.
  • Melengkapkan pengetahuan para pelajar secara menyeluruh sebagai persiapan menghadapi industri pengiklanan, rekaan dan sektor berkaitan yang kompetitif.
  • Memberi pendedahan kepada pelajar tentang situasi sebenar industri masa kini dengan mengadakan lawatan sambil belajar, lawatan ke industri berkaitan, bengkel kerja dan seminar yang akan meningkatkan pengetahuan sepanjang pengajian dan menyediakan pandangan meluas berkenaan profesion reka bentuk.

PELUANG PEKERJAAN
Pelajar Cosmopoint Sabah yang tamat belajar di Cosmopoint Kota Kinabalu mempunyai peluang seperti berikut:
  • Pereka Grafik
  • Penerbit Desktop
  • Penerbit Komputer Meja
  • Pereka Tipografi
  • Pereka Ruangan
  • Pengilustrasi
  • Pereka Bentuk Web
  • Seniman Cenderamata
  • Pereka Grafik Komputer


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...