. PENARAFAN COSMOPOINT COLLEGE OLEH MYQUEST | PERMOHONAN ONLINE | COSMOPOINT COLLEGE SABAH

PENARAFAN COSMOPOINT COLLEGE OLEH MYQUEST

PENARAFAN COSMOPOINT COLLEGE OLEH MYQUEST

www.cosmopointcollege.com


*COSMOPOINT COLLEGE DIIKTIRAF 5-BINTANG*

Isnin, 18 Disember 2017 - Kumpulan Kolej Cosmopoint, sebuah entiti di bawah hak milik Ekuiti Nasional Berhad, telah berjaya dianugerahkan penaarafan 5-Bintang oleh Kementerian Pendidikan Tinggi di bawah Sistem Penilaian Kualiti IPTS Malaysia (MyQuest) dalam sebuah majlis gilang gemilang hari ini di Intercontinental Hotel, Kuala Lumpur. 

Majlis yang dirasmikan oleh Yg Bhg. Dato' Sri Idris Jusoh, Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, menyaksikan Kolej Cosmopoint Ipoh, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu, dan Kota Kinabalu menerima penganugerahan 5-Bintang manakala Sungai Petani, Pulau Pinang dan Kuching menerima penganugerahan 4-Bintang.

MyQuest mengambil kira keseluruhan aspek pemberian khidmat oleh IPTS peringkat Kolej termasuk kualiti pembelajaran, premis, khidmat sokongan, aktiviti pelajar dan kualiti pensyarah. Pihak Cosmopoint College telah berusaha keras dalam usaha menaikkan kualiti pengajian di Cosmopoint dan berharap agar pengiktirafan bermakna ini akan terus membakar semangat kakitangan dan pelajar.

Cosmopoint College, menawarkan Pendidikan 5-Bintang Untuk Semua.

Untuk maklumat lanjut bagi kemasukan Sesi 2024, sila layari www.cosmopointcollege.com