Tahniah kepada semua lepasan SPM
yang berjaya memperolehi keputusan SPM yang cermelang. Daripada pemantauan yang
dibuat, kebanyakan pelajar lepasan SPM berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke dalam
bidang pendidikan terutamanya dalam perguruan, tidak kurang yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA dalam
program Diploma dan juga ke Tingkatan 6.
Walaubagaimana pun, terdapat pelajar
lepasan SPM yang kini dalam dilema dan dilanda kerisauan kerana keputusan SPM
yang kurang memuaskan terutamanya bagi pelajar yang hanya menperolehi 3-5 kepujian / credit
sahaja. Bagi pelajar lepasan yang cuma memperolehi jumlah kepujian/ credit yang
dinyatakan, adik-adik tidak perlu risau. Mungkin peluang adik-adik untuk
memasuki peringkat Diploma di IPTA adalah kurang tetapi dengan kelayakan SPM
yang ada, adik-adik masih lagi layak untuk mengikuti pengajian peringkat
Diploma di COSMOPOINT KOTA KINABALU, Sabah. Untuk pengetahuan adik-adik, Kolej Cosmopoint
Kota Kinabalu, Sabah, kini sudah mempunyai dua cawangan kampus utama, iaitu
Kampus Cosmopoint Kota Kinabalu, cawangan Menara MAA dan juga di Wisma Times. Cosmopoint
Kota Kinabalu kini menawarkan lebih daripada 20 Program Diploma dibawah 7
Fakulti, dari Fakulti Perniagaan & Pengurusan hingga ke Fakulti Sains
Kesihatan.
Seperti IPT yang lain, untuk program
Diploma di Kolej Cosmopoint Kota Kinabalu, tempoh pengajian adalah 3 tahun,
bersamaan dengan 8 Semester. Dari segi yuran pengajian, pelajar yang berasal
darpada keluarga yang sederhana layak untuk memohon pinjaman pendidikan PTPTN
yang akan membayar yuran pengajian pelajar selama 3 Tahun. Bagi yang layak,
pelajar juga boleh memohon pinjaman daripada pihak MARA.
Dari segi penginapan, Cosmopoint
Kota Kinabalu ada menyediakan asrama untuk pelajar dengan sewa asrama serendah RM 30
sebulan yang mana merangkumi RM100 untuk 1 Semester. Bus daripada asrama ke
kampus adalah disediakan. Walaubagaimanapun, untuk pengangkutan, pelajar yang
melanjutkan pelajaran ke Cosmopoint Kota Kinabalu haruslah peka dengan jadual
pergerakan bus ke kampus setiap hari agar tidak berlaku kes kes seperti
ketinggalan bus dan sebagainya.
Untuk makluman pelajar, pendaftaran
Cosmopoint Kota Kinabalu Sabah adalah dibuka untuk pengambilan Sesi April dan
Jun. Adalah digalakkan kepada para pelajar untuk mendaftar lebih awal bagi memudahkan
proses permohonan pinjaman pendidikan bagi tujuan pembiayaan pengajian pelajar.
Bagi tujuan pendaftaran ke
Cosmopoint Kota Kinabalu, pelajar boleh terus berhubung dengan pihak pendaftar –
Miss Meddy di talian 0168350290. Bagi pelajar yang sudah menghubungi pihak
pendaftar adalah digalakkan untuk tidak mengisi pendaftaran online bagi
mengelakkan pertindihan data pelajar.
Pelajar sekalian adalah dialu-alukan
untuk melanjutkan pelajaran ke Cosmopoint Sabah.