. Lawatan ke Pameran Pertandingan Imagine Cup Malaysia 2012 Peringkat Kebangsaan | PERMOHONAN ONLINE | COSMOPOINT COLLEGE SABAH

Lawatan ke Pameran Pertandingan Imagine Cup Malaysia 2012 Peringkat Kebangsaan

Pameran Pertandingan Imagine Cup Malaysia 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa warga Cosmopoint KK adalah dijemput untuk menyertai Program "Pameran Pertandingan Imagine Cup Malaysia 2012" yang dianjur bersama oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Microsoft Malaysia, Prestariang Sdn Bhd, Kerajaan Negeri Sabah dan Multimedia Development Corporation (MDeC) serta Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sebagai sekretariat Peringkat Kebangsaan pada 16-18 Mei 2012 bertempat di Pacific Sutera, Sutera Harbour, Kota Kinabalu Sabah dan warga Cosmopoint KK adalah salah satu kampus di sekitar Kota Kinabalu yang turut dijemput untuk memeriahkan lagi program tersebut.

Program ini merupakan pemilihan peserta terbaik di kalangan IPTA/IPTS di Malaysia dalam bidang Software Design. Johan bagi pertandingan ini akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Peringkat Antarabangsa yang dijadualkan berlansung pada 6-10 Julai 2012 bertempat di Sydney, Australia.


Pertandingan ini akan memberi manfaat kepada semua pelawat yang hadir, bukan sahaja pelajar, khususnya pelajar-pelajar Cosmopoint KK, malah juga bermanfaat kepada sektor industri dan masyarakat umum di Sabah untuk mendapatkan pengetahuan terbaru dalam bidang ICT seterusnya memahami kepentingan pembangunan perisian ICT yang membantu menyelesaikan masalah kehidupan harian.

Program tersebut akan berlangsung pada;

Tarikh   : 17 Mei 2012 (Khamis)
Masa    : 10:00am - 12:30pm
Tempat : Lobi Grand Ballroom, Pasific Sutera,
                Sutera Harbour Resort,
                Kota Kinabalu Sabah

** Masuk adalah percuma/kudapan disediakan

Pelajar-pelajar daripada Diploma in Information Technology - Cosmopoint KK amatlah digalakan untuk menyertai program ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai program lawatan ini, sila berhubung dengan pensyarah anda atau dengan pengerusi Kelab IT- Cosmopoint KK. Semua penyertaan program haruslah diserahkan kepada pihak pengurusan - Madam Lena / Miss Meddy selewat-lewatnya pada 16 April 2012. Program ini akan dipantau secara tidak langsung oleh pihak MPM.