19/04/2012

Program Diploma Aplikasi Multimedia - COSMOPOINT SABAH


APA ITU APLIKASI MULTIMEDIA ?


Diploma Aplikasi Multimedia kini ditawarkan di Cosmopoint Sabah. Multimedia kreatif adalah hasil integrasi antara beberapa komponen multimedia iaitu teks, gambar, audio, video dan animasi menggunakan peralatan dan perisisan khusus dimana ianya mengandungi capaian-capaian yang membantu pengguna untuk berinteraksi, mendapatkan info terkini dan berkomunikasi dengan pantas dan berkesan. Facebook dan Youtube adalah sebahagian daripada ciontoh aplikasi multimedia kreatif yang mempengaruhi penghidupan kita pada hari ini. Antara produk multimedia yang lain adalah laman web, sistem kiosk, CD interaktif, animasi 2D dan 3D, produksi audio video dan banyak lagi.



Diploma Aplikasi Multimedia di KLMU / Cosmopoint College direka khusus untuk menyediakan pelajar dengan konsep, kemahiran teknikal dan pemikiran yang kreatif dalam pengurusan dan pembangunan
produk-produk dan aplikasi multimedia yang berkembang pesat hari ini. Pelajar yang belajar di KLMU / Cosmopoint Sabah akan didedahkan kepada pemahaman yang luas dalam bidang asas rekaan, animasi komputer, rekaan web interaktif, pengaturcaraan mmultimedia, produksi audio video dan amalan profesional dalam pembentangan kerja dan kemahiran komunikasi untuk memastikan produk dan aplikasi multimedia yang dihasilkan berkualiti, kreatif dan setaraf dengan kehendak dan keperluan industri. Melalui program ini, pelajar bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi terkini tetapi mampu berfungsi dalam pelbagai persekitaran media sedia ada dan akan datang.


PERSONALITI PELAJAR YANG SESUAI UNTUK BIDANG INI?

  • Pelajar yang cenderung dengan bidang seni
  • Pelajar yang kreatif dan inivatif
  • Pelajar yang berminat pada teknologi digital yang merangkumi dunia interaktif, animasi mahupun produksi audio dan video.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...