Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) TAHUN 2018

Biasiswa untuk pelajar Cosmopoint

Kini pemohon boleh menghantar permohonan secara online.

 

IKLAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH BAGI TAHUN 2017/2018

Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus yang disenaraikan:

(A) BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN
1.Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
JuruukurPertanian
Jurukur BahanPerakaunan
KejuruteraanSains Tulen
Kesihatan dan Perusahaan TernakSeni Bina (Architecture)
Pengurusan HartanahTeknologi Maklumat
2.Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
AkuakulturPerikanan
EkonomiPertanian
FarmasiPerubatan
Juru Ukur BahanPerhutanan
KejuruteraanPerubatan Veterinar
KomunikasiPsikologi
MatematikSains Alam Sekitar
MuzikSains Biologi Marin
Pelancongan dan HospitalitiSains Bioteknologi
PendidikanSains dan Teknologi Makanan
Pengajian IslamSains Komputer
Pengangkutan dan LogistikSains Tulen (Biologi/ Kimia/ Fizik)
Pengurusan LadangSeni Bina (Architecture)
Pengurusan HartanahTeknologi Maklumat
Pentadbiran PerniagaanTESL
PerakaunanUndang-Undang
Pergigian

(B) KELAYAKAN MEMOHON
1.Had Umur
Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.
2.Kelayakan Akademik
Kursus Diploma
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon.  Lulus dengan kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar.
Kursus Sarjana Muda
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.3.  Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
Perubatan, Pergigian dan Farmasi
Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi.  Tawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.
Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.

(C) CARA MEMOHON
Permohonan dibuat melalui ‘online’ dengan melayari sesawang :www.biasiswa.sabah.gov.my  mulai  23  Mac  2017  Pemohon hendaklah  mempunyai e-mel peribadi  yang  aktif.

(D) PERHATIAN
Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
Keputusan permohonan boleh disemak melalui online.
Kursus-kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tidak ditaja.
Tarikh tutup permohonan ialah 22 April 2017 Permohonan selepas tarikh tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.
Klik Untuk Muat Turun IKLAN BKNS 2017

Sila Layari www.biasiswa.sabah.gov.my untuk maklumat lanjut.