. KOLEJ COSMOPOINT DAN KERJAYA PELAJAR | PERMOHONAN ONLINE | COSMOPOINT COLLEGE SABAH

KOLEJ COSMOPOINT DAN KERJAYA PELAJAR

TAHAP KESEDARAN KERJAYA PELAJAR


Peluang graduan lebih mudah mendapatkan pekerjaan daripada persaingan pasaran kerja

PASARAN KERJA PELAJAR KOLEJ COSMOPOINT


Dunia pasaran pekerjaan masa kini semakin dinilai berdasarkan kepada pencapaian akademik dan juga kemahiran. Kolej Cosmopoint telah membuka laluan pendidikan dan kerjaya kepada pelajar lepasan SPM dan STPM untuk membantu pelajar merancang laluan pendidikan mereka dalam memilih halatuju kerjaya yang paling  sesuai. Kebolehan memilih kerjaya yang sesuai dengan potensi diri seseorang pelajar biasanya selaras dengan kesedaran tentang pengetahuan kerjaya yang mendapat permintaan tinggi terutamanya yang melibatkan kemahiran yang mana pelajar harus mampu membuka minda dan memilih kerjaya  merreka pada masa  hadapan.

Pelajar seharusnya sedar bahawa peningkatan kelayakan akademik yang diperolehi akan meletakkan mereka di tempat yang lebih baik dan selesa. Dengan memiliki pendidikan yang lebih tinggi dilihat lebih berkemampuan untuk menikmati pendapatan dan produktiviti yang tinggi.  Selain daripada itu, kebolehpasaran siswazah di Malaysia dari perspektif majikan mendapati graduan-graduan yang tidak melengkapkan diri mereka dengan keperluan majikan dan industri menyebabkan mereka sukar untuk bersaing dan mendapatkan pekerjaan. Persepsi positif terhadap kerjaya mempengaruhi tingkahlaku pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar lepasan SPM dan STPM. Tahap kesedaran kerjaya pelajar ada kaitannya dengan pemilihan kerjaya realistik yang akan diterokai selaras dengan Pendidikan Dunia Sebenar yang didokong oleh Kolej Cosmopoint.

Sungguhpun kebanyakan pelajar berjaya meneruskan pelajaran selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, namun sejauh mana mereka bersedia menghadapi pemilihan kerjaya yang sepadan dengan potensi diri perlu dikaji selidik dan dijejaki. Jangan biarkan berlaku keraguan dan timbul perasaan serba salah dan dilema ketidakpastian dalam pemilihan sesuatu kerjaya. Pelajar harus membuat keputusan untuk memilih kerjaya dengan lebih mendekatinya dengan berasaskan persepsi yang ada pada dirinya dan persekitaran yang dapat memberi laluan yang terbaik kepadanya.

  Realitinya, alam pekerjaan memerlukan pelbagai kemahiran insaniah (soft skills) yang tidak dipelajari secara formal dan yang berbentuk kemahiran tangan (hard skills). Sebagai contoh, dalam kerjaya pekerjaan Kolar Hijau yang berkaitan dengan alam sekitar, ianya memerlukan pemikiran baru yang berasaskan kemahiran lama yang dipelajari. Hal ini bermaksud, banyak faktor yang menentukan kejayaan dalam sesuatu kerjaya yang diceburi dan bukan hanya bergantung pada kelulusan akademik sahaja tetapi juga kemahiran yang mana banyak program peringkat diploma yang ditawarkan di Kolej Cosmopoint menjadi pilihan ramai.

Kesimpulannya, pelajar seharusnya mempunyai kesedaran dan pengetahuan dalam membuat pilihan kerjaya dan institusi yang sesuai yang mendokong pendidikan dunia sebenar yang mampu merealisasikan impian setiap pelajar. Keputusan ada da tangan anda untuk memilih Kolej Cosmopoint sebagai institusi pilihan anda…