Pengiktirafan JPA - Cosmopoint Sabah


COSMOPOINT SABAH




Adakan

COSMOPOINT KOTA KINABALU

di-iktiraf oleh kerajaan?

Pengiktirafan Cosmopoint College
Cosmopoint Kota Kinabalu adalah diiktiraf oleh JPA & MQA hal ini penting bagi sesebuah institusi swasta seperti Cosmopoint Sabah dan juga Cosmopoint College di cawangan lain. Ini juga merupakan salah satu faktor yang sering kali membuat kebanyakan pelajar yang kurang bernasib baik untuk meneruskan pengajian ke Institusi Pengajian Awam sama sekali menolak tawaran untuk belajar di IPTS.

Cosmopoint Sabah misalnya merupakan salah satu institusi pengajian tinggi yang pada masa kini mendapat tumpuan daripada para pelajar lepasan SPM untuk meneruskan pengajian mereka di peringkat Diploma. Ini kerana Cosmopoint Sabah bukan sahaja merupakan salah satu institusi yang telah lama wujud di Sabah malah juga beroperasi di ibu kota- Kota Kinabalu yang mana pelajar tidak perlu keluar ke tempat lain untuk belajar. Selain itu, Cosmopoint juga merupakan antara intitusi yang mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan.

Tidak dinafikan, jika dibandingkan dengan IPTA, IPTS seperti Cosmopoint College adalah lebih mahal yuran pengajiannya. Walaubagai manapun, itu bukan lagi menjadi isu besar pada masa kini kerana para pelajar boleh memohon bantuan kewangan seperti PTPTN, MARA dan juga BKNS mengikut kelayakkan pelajar. Selain itu, sejak Cosmopoint ditubuhkan 21 tahun yang lalau hingga kini, Cosmopoint telah berjaya melahirkan lebih daripada 2000 graduan yang mampu bersaing dalam dunia pekerjaan sebenar.

Bagi pelajar yang masih ragu-ragu dengan pilihan masing masing, janganlah ragu-ragu sekiranya pelajar berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Cosmopoint khususnya di Cosmopoint Kota Kinabalu. Daftarlah segera untuk mengikuti pengambilan pelajar yang terdekat. 

Sumber :  http://pengiktirafan.jpa.gov.my/