DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN | Business Management
PENGENALAN
Diploma Perniagaan & Pengurusan Cosmopoint/ KLMU menawarkan program TIGA (3) tahun bagi menyediakan graduan dengan asas yang kukuh di dalam konsep-konsep perniagaan dan pengurusan dimana merangkumi kemahiran praktikal dan disiplin-disiplin teras berkaitan perniagaan.
MATLAMAT KURSUS
Matlamat utama program ini termasuk;
- Untuk mempersiapkan pelajar dengan kemahiran asas di dalam organisasi perniagaan bagi memikul tangungjawab dan tugasan pengurusan dan jawatan eksekutif.
- Menanam di dalam diri pelajar kepentingan etika, nilai profesionalisme dan mempunyai sikap keperimanusiaan di dalam perniagaan dan pengurusan.
- Bagi menyediakan pelajar dengan kemahiran praktikal yang diperlukan di dalam perniagaan meliputi berfikir secara kritis, berkebolehan menganalisis dan kemahiran menyelesaikan masalah perniagaan dan pengurusan.
- Mendedahkan pelajar dengan pelbagai disiplin pengurusan seperti pengurusan, kewangan, perakaunan, pemasaran, keusahawanan dan sumber manusia supaya mereka memiliki asas dan pengetahuan perniagaan yang meluas agar sukses memikul tanggungjawab selaku eksekutif keusahawanan atau usahawan yang efisen.
- Mendedahkan pelajar kepada persekitaran pembelajaran sepanjang hayat dan memantapkan pengetahuan pelajar bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mampu mencetuskan idea baru, prihatin dan berdikari agar bersedia menempatkan diri di dalam era maklumat kini.
PELUANG PEKERJAAN
Pentadbir Pejabat
Pegawai Kerajaan
Eksekutif Pentadbiran
Pegawai Pembangunan dan Latihan
Eksekutif Pembangunan Perniagaan
Pemilik Perniagaan
Eksekutif Kesihatan & Keselamatan
Pegawai Sumber Manusia
Pentadbir Projek
Eksekutif Kawalan Mutu
KELAYAKAN DIPERLUKAN
Sekurang-kurangnya 3 kepujian / kredit SPM
LULUS subjek Bahasa Malaysia (BM)