. Diploma E-Kesetiausahaan Cosmopoint College | PERMOHONAN ONLINE | COSMOPOINT COLLEGE SABAH

Diploma E-Kesetiausahaan Cosmopoint College

DIPLOMA E-KESETIAUSAHAAN


 
www.cosmopointcollege.com
 

UNTUK SIAPAKAH PROGRAM INI?

Program ini memperkenalkan pelbagai kemahiran teras di dalam bidang kesetiausahaan, pentadbiran dan IT untuk sesiapa yang tidak mempunyai pengalaman tetapi ingin membangunkan kerjaya sebagai seorang setiausaha, serta berminat untuk bekerja di dalam satu pasukan atau menjadi kakitangan pengurusan. Ia juga sangat sesuai untuk mereka yang berhasrat mempunyai kerjaya sebagai seorang Setiausaha atau Pentadbir Pejabat, dan turut bermanfaat untuk mereka yang mempunyai pengetahuan berkaitan perkeranian sebelum ini.

HURAIAN PROGRAM

Diploma E-Kesetiausahaan melengkapkan pelajar untuk kerjaya di dalam bidang kesetiausahaan dengan kemahiran kecekapan teknikal dan kemahiran menyelesaikan masalah. Program ini juga membolehkan pelajar membangunkan kemahiran seperti komunikasi sesama manusia, pengurusan pejabat, kerja berpasukan dan penulisan laporan. Graduan dengan kebolehan bekerja secara efektif dalam pelbagai peringkat pentadbiran adalah mereka yang mampu menambah nilai bagi sesebuah organisasi.

MATLAMAT PROGRAM

Program ini mensasarkan untuk melengkapkan pelajar dengan semua kemahiran, pengetahuan dan sikap profesionalisma yang diperlukan dalam menjalankan tugas di dalam persekitaran pejabat eksekutif.

PROSPEK KERJAYA

Setelah menamatkan program ini, graduan boleh bekerja sebagai setiausaha, penolong peribadi, setiausaha eksekutif, penolong pentadbiran dan eksekutif perniagaan.

SYARAT KEMASUKAN

(Program ini tidak ditawarkan di CC-Cosmopoint Sg Petani)
Syarat kemasukan minimum:
Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya 3 kredit dalam sebarang subjek*; atau
  • Lulus dalam STPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan minimum Gred C (GP 2.0) dalam sebarang subjek; atau
  • Sijil (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dalam sebarang bidang berkaitan dengan CGPA minimum sebanyak 2.00; atau
  • Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam sebarang tiga (3) subjek; atau
  • Lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
*Kecuali untuk CC-Johor Bahru: Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 subjek dan Lulus dalam Bahasa Melayu.

TEMPOH SEMESTER

8 semester
Subjek-subjek Utama
  • Administrative Office Management
  • Advanced PC Competency
  • Bahasa Kebangsaan
  • Basic English
  • Business English
  • Business Mathematics
  • Business Negotiations
  • Contemporary Business
  • Critical and Creative Thinking
  • Database Fundamentals
  • Document Processing
  • E-Book keeping Skills
  • E-Communication Skills
  • Effective Communication Skills/Principles of Moral & Ethics
  • Family Institution/The precepts of Islam/Creative Problem Solving
  • Human Resource Management
  • Intermediate English
  • Introduction to Information Technology
  • Keyboarding
  • Malaysian Studies
  • On the Job Training
  • Professional Office Procedures
  • Professional Outlook & Etiquette
  • Public Relations
  • Software Application
  • Text Transcription Skills
  • Web Essentials
 
 

Daftar Sekarang: