Diploma Seni Kulinari

UNTUK SIAPAKAH PROGRAM INI?

Program ini adalah untuk mereka yang berminat dalam latihan teori bagi semua bidang pengeluaran makanan meliputi pastri, bakeri, pembuatan coklat, makanan laut atau sebarang jenis makanan yang lain. Di samping itu, pelajar akan mempelajari elemen penting dalam pengurusan makanan yang meliputi penyediaan makanan, keselamatan dan persembahan.

HURAIAN PROGRAM

Program ini direka untuk merangkumi kemahiran kulinari asas dan khusus dalam bidang makanan dan pengurusan.  Subjek yang ditawarkan akan mengasah kemahiran kulinari dan menggabungkan antara latihan praktikal dan teori. Pelajar akan mendapat kemahiran penting dalam seni kulinari, organisasi dan pengurusan, termasuklah dari proses pemesanan stok, penjadualan, pengiraan kos barangan dan berurusan dengan pembekal.

MATLAMAT PROGRAM

Program ini mensasarkan untuk memberikan pelajar asas dalam kemahiran kulinari yang boleh digunapakai dalam berbagai jawatan di dalam bidang ini terutama dalam industri hospitaliti & perkhidmatan makanan. Ia juga menyiapkan pelajar untuk mempunyai menggunakan pendekatan dan sikap yang profesional.

PROSPEK KERJAYA

Prospek kerjaya bagi graduan program ini adalah amat luas dan tanpa batasan. Mereka boleh memilih untuk khusus dalam pastri & bakeri, pembuatan coklat, atau menjadi pengkritik makanan, pengarang dan lain-lain bidang yang berkaitan dengan kulinari.

SYARAT KEMASUKAN

(Program ini hanya ditawarkan di CC-KK Wisma Times)
Syarat kemasukan minimum:
  • Lulus dalam SPM (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dengan sekurang-kurangnya kredit dalam sebarang 3 subjek; atau
  • Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan minimum Gred B dalam sebarang tiga (3) subjek termasuk Matematik dan juga LULUS dalam subjek Bahasa Inggeris; atau
  • Sijil (atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya) dalam sebarang bidang berkaitan dengan CGPA minimum sebanyak 2.00; atau
  • Lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

TEMPOH SEMESTER

8 semester
Subjek-subjek Utama
  • Academic Reading & Writing
  • Bahasa Kebangsaan A
  • Basic Pastry & Bakery
  • Beverage Operation
  • Effective Communication Skills /Precepts of Islam /Creative Problem Solving
  • Drama & Role-play in English
  • Essential Business Communication Skills
  • Financial Accounting 1
  • Food & Beverage Management
  • Food Sanitation
  • Garde Manger
  • Hospitality Cost Control
  • Human Resource Management
  • Industrial Training
  • Intermediate Pastry & Bakery
  • International Cuisine
  • Introduction to Culinary Skills
  • Introduction to Hospitality & Tourism Industry
  • Kitchen Organization
  • Malaysian Cuisine
  • Meat Identification & Fabrication
  • Nutrition
  • PC Competency
  • Pengajian Malaysia 2
  • Principles of Management
  • Principles of Moral and Ethics
  • Reading, Vocabulary & Grammar
  • Social and Human Skills Project
  • Theory of Food
  • Western Cookery