DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL|Hotel Management



www.cosmopointcollege.com





DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL|Hotel Management


PENGENALAN
Kursus Pengurusan Hotel direka bagi membangukan kemahiran dan pengetahuan dalam semua aspek operasi perhotelan. Kursus ini juga membolehkan pelajar memperolehi pengetahuan dan pemahaman yang mendalam tentang aspek teori dan teknikal bagi menyeliakan pelbagai jenis persekitaran hospitaliti. Pengetahuan secara meluas yang ditekankan adalah selaras dengan industri perhotelan kini.

MATLAMAT KURSUS
Bagi melengkapkan pelajar dengan asas-asas pengurusan hotel secara pengetahuan khusus dalam aspek operasi perniagaan hotel diperingkat antarabangsa seperti front desk, housekeeping, makan & minuman, jualan & pemasaran, persidangan dan katering. Jurusan ini juga melengkapkan para graduan bagi memenuhi pelbagai jawatan dengan kemahiran pengurusan, interpersonal, komputer dan teknikal yang merevolusikan kepada industri hospitaliti. Pengetahuan mendalam yang diperolehi membolehkan mereka membina dan memahami aspek-aspek penyeliaan di dalam pelbagai jenis persekitaran hospitaliti.


PELUANG PEKERJAAN
  • Pengurus Hotel
  • Wakil Hotel
  • Front Office (Pengurus, Operator, Penyambut Tetamu, Concirge), Housekeeping (Pengurus, Penyelia)
  • Pengurus/ Penyelia Restoran, atau makanan & minuman (Kapten, Penyelia, Pengurus atau Penolong Pengurus)
  • Eksekutif Jualan & Pemasaran
  • Penyelia & Pengurus Pusat Persidangan.