. Diploma Bakeri & Pastri | DAFTAR COSMOPOINT SABAH | PERMOHONAN ONLINE | COSMOPOINT COLLEGE SABAH

Diploma Bakeri & Pastri | DAFTAR COSMOPOINT SABAH

Seni Bakeri dan Pastri?

www.cosmopointcollege.com

Diploma Seni Bakeri dan Pastri merupakan pengalaman amali komprehensif dalam semua komponen pembakaran produk dan merangkumi unit-unit mengenai semua aspek dari roti dan kek kepada konfeksi dan juadah pencuci mulut dimana program ini memprihatinkan bidang seni bakeri, pastri, kemahiran kulinari serta aspek praktikal dan teori. 

Dalam program ini, pelajar akan diberi pendedahan kepada suasana kerjaya sebenar yang akan menggarap sikap dan pengetahuan profesional dalam industri ini. Selain itu, program ini juga menyediakan pelajar untuk memasuki pelbagai jenis kerjaya bakeri dan pastri, sebagai contoh chef dessert di restoran berstatus tinggi, membuat pastri di outlet pastri, pembuat roti di bakeri artisan, membuat pastri/dessert untuk bankuet/hotel dan banyak lagi. 

Terdapat 5 kelebihan program ini di Cosmopoint College yang tidak terdapat di institusi lain di Malaysia khususnya di Sabah:
  • Pendedahan kepada seni bakeri dan pastri secara menyeluruh.
  • Pembelajaran praktikal menyeluruh.
  • Kurikulum yang mekankan kepada asas-asas penting bakeri dan pastri.
  • Membina minat dan semangat dalam bidang bakeri dan pastri.
  • Membuka peluang keusahawanan di dalam industri bakeri dan pastri selepas belajar dalam 2 tahun setengah.
  • Belajar dalam kemudahan pembelajaran dapur yang canggih dan lengkap.

Personaliti pelajar yang sesuai untuk bidang ini?

Seperti bidang-bidang yang lain, terdapat segelintir pelajar yang tidak digalakkan untuk menceburi bidang ini. Walaubagai manapun, Diploma Seni pastri ini sesuai bagi pelajar yang mempunyai:
  • Keinginan mencarta kejayaan dalam seni bakeri dan pastri.
  • Mempunyai hasrat untuk menceburi bidang keusahawanan di dalam industri bakeri dan pastri


Online Register in Cosmopoint, Bakery and Pastry for CosmopointDI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI

Pastri dan Produk Konfeksi

Menceburi bidang ini di Cosmopoint Sabah membolehkan pelajar diperkenalkan kepada penggunaan teknik membuat produk bukan yang bukan berunsurkan-yis, seperti doh berlamina dan penyediaan produk pastri menggunakan pelbagai cara-laminasi, pengadunan, pengkriman (creaming), pembusaan (foaming) dan pemekatan (thickening).

Tenaga pengajar di Cosmopoint Sabah juga akan melatih pelajar menggunakan kombinasi kaedah yang dipelajari untuk menghasilkan produk baru yang menyelerakan. Ini dilakukan dengan menggunakan proses saduran, pengisian pastri, membuat sos ringkas dan memperagakan juadah kepada pelanggan. Selain itu, pelajar dididik untuk merasa dan mengkritik juadah yang mereka hasilkan.

Seni Konfeksi dan Kek Majlis Istimewa

Cosmopoint Sabah akan menyediakan pelajar dengan latihan praktikal menggunakan peralatan untuk merekabentuk rupa kek majlis perkahwinan. Pelajar akan dididik bagaimana melakarkan rekabentuk dan membuat kek bertingkat, kek pelbagai lapis dan kolum (column) serta kek novelti. pelajar juga diajar cara-cara menyaluti kek dengan mentega krim dan fondant. Selain itu pelajar turut dilatih membuat fondant ros, daun, simpulan dan riben. Mewarna dan menaruh rasa pada krim dan mentega juga diajar.

Bakeri dan Produk Farmentasi

Berdasarkan pengetahuan yang didapati sebelumnya, pelajar belajar mengadun, membentuk, membakar, menyimpan dan mengedar roti dan rol. Mereka akan ditunjukajar bagaimana bekerja dengan sistematik dan profisien untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi dalam jangkamasa yang ditetapkan. Penekanan akan diberi kepada peningkatan penggunaan metod fermentasi tradisional, peralatan dan kaedah yang mengutamakan rasa, tekstur dan rupa bentuk serta teknik untuk meningkatkan hayat simpanan.

Seni membuat roti

Di Cosmopoint, program ini juga fokus kepada membuat pelbagai jenis roti termasuk lah roti yis dan segera kepada doh berlamina. Tidak ketinggalan roti antarabangsa dan roti yang sesuai untuk dijamu semasa sarapan pagi. Selain daripada itu, pelajar juga turut akan mendalami perbezaan antara pembuatan roti artisan dan komersil. 


Syarat Kemasukan

Para pelajar mestilah memenuhi salah satu syarat berikut:  
  • Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana subjek.
  • Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengan oleh Kerajaan Malaysia  
 
 
 

Daftar Sekarang:

Whatsapp Button