. BIASISWA PENGINAPAN | PERMOHONAN ONLINE | COSMOPOINT COLLEGE SABAH

BIASISWA PENGINAPAN

BIASISWA PENGINAPAN | Cosmopoint Sabah



Adalah dimaklumkan kepada semua bakal pelajar Kolej Cosmopoint, biasiswa penginapan bernilai RM 1000 yang ditawarkan kepada semua pelajar baru yang memerlukan asrama sebelum ini diteruskan sehingga pengambilan pelajar baru Cosmopoint Sabah Sesi June 2012. Tawaran biasiswa penginapan tersebut membolehkan pelajar tinggal di asrama selama 3 tahun secara percuma dan hanya perlu membayar pendaftaran asrma sebanyak RM 150 sahaja.


Biasiswa tersebut yang sebelum ini ditutup untuk kemasukkan pelajar baru ke Cosmopoint Sabah selepas pengambilan Mei 2012 dibuka semula oleh pihak KLMU sebagai salah satu insentif untuk membantu pelajar-pelajar yang berasal diluar daripada kawasan Kota Kinabalu. Walaubagai manapun, biasiswa penginapan tersebut hanya akan dilanjutkan sehingga kemasukkan Jun sahaja dan untuk kemasukkan selepas Jun 2012, biasiswa penginapan tidak lagi ditawarkan. Pendaftaran Asrama akan kembali kepada yang asal iaitu RM 350 dan setiap semester pelajar dikehendaki untuk membayar sewa asrama sebanyak RM 100. Bil utiliti adalah dibawah tangungan para penuntut. Pengangkutan pelajar ke asrama dan kolej juga turut disediakan oleh pihak Cosmopoint Sabah khas untuk para penuntut.

Untuk maklumat lanjut mengenai lanjutan penawaran biasiswa penginapan Cosmopoint Kota Kinabalu, Sabah, sila berhubung terus dengan pihak pendaftar Cosmopoint Sabah - Sir Amir (0168106348).