25/05/2012

Program MARA + Cosmopoint KK

Program Pembangunan pelajar bagi Zon Sabah 2012 + Cosmopoint Sabah

Tut Tut Tut... Ingat lagi bunyi tu??? hehehe, tu bunyi machine faks lah tu...Ni kali, without call yang diterima, pihak kampus dapat satu lagi faks dari Ibu Pejabat Mara, Kuala Lumpur... Jauh tu, dari KL.. Hah, satu lagi jemputan untuk pelajar-pelajar Cosmopoint Sabah untuk mengikuti Program Pembangunan pelajar bagi Zon Sabah 2012.. Dah agak dah...  Surat / Faks tu berbunyi macam ni..

Tuan, 
Jemputan menyertai Program Pembangunan Pelajar bagi Zon Sabah 2012.

Perkara  diatas adalah dengan hormatnya dirujuk.


Selaras dengan program transfomasi MARA, Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA berhasrat untuk menganjurkan program ini yang bertujuan untuk membangunkan minda pelajar-pelajar tajaan MARA ke arah kecermelangan. Program ini akan diadakan pada 15 - 17 Jun 2012, bertempat di IKM, Kota Kinabalu. 

Sehubungan dengan itu, pihak Cosmopoint Kota Kinabalu, Sabah diminta untuk menghantar 14 orang pelajar tajaan MARA seramai 14 orang sebagai peserta program dengan keutamaan diberikan kepada pelajar semester 1-7.

ALAMAK !!!! Pelajar Tajaan MARA ??? Habislah, pelajar semalam yang beramai-ramai ingin ikut program ini semua pelajar tajaan PTPTN... adapun cuma 1 orang rasanya.. Habislah..

Apapun pihak pendaftar akan menghantar beberapa orang pelajar Cosmopoint KK untuk program tu.. tapi tengoklah macam mana.. budak budak kemarin yang full of excitement untuk program ni terpaksa dikecewakan.. Kuang Kuang Kuang then.. Anyway.. apa apa pun minta maaf ye pelajar pelajar..

~ Cosmopoint Sabah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...