. COSMOPOINT KK - CITRA Program | PERMOHONAN ONLINE | COSMOPOINT COLLEGE SABAH

COSMOPOINT KK - CITRA Program

COSMOPOINT KK - CITRA Program



Jemputan untuk pelajar Cosmopoint Kota Kinabalu untuk menghadiri program CITRA.

Adalah dimaklumkan bahawa Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Sabah (SPRUMS) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA UMS) akan menganjurkan Program CITRA pada 26 Mei 2012 (Sabtu) bertempat di Galeri Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pihak Kolej Cosmopoint difahamkan bahawa objektif program tersebut adalah untuk memberi pengetahuan, pendidikan dan kesedaran kepada peserta iaitu pelajar IPT sendiri supaya dapat memberi sokongan dan membantu mahasiswa/i lain dalam usaha memerangi rasuah dan melahirkan mahasiswa/i yang mementingkan integriti dalam kehidupan seharian. Rasional pelajar dipilih kerana mereka merupakan pencetus idea dan medium penyampai yang berkesan bagi mewakili dan memberi kesan kepada terhadap kempen-kempen, sesi penerangan dan hebahan bagi memberi kesedaran awal untuk meningkatkan nilai integriti dan semangat bencikan jenayah rasuah sebelum menempuh alam pekerjaan kelak.

Bagi tujuan program diatas, seramai 20 orang peserta daripada kalangan pelajar Cosmopoint Kota Kinabalu adalah dijemput untuk menyertai program tersebut. Program adalah percuma dan sijil penyertaan program disediakan oleh pihak penganjur untuk semua peserta.

Difahamkan, program tersebut adalah bermula  pada 7:30 am dan dijangka berakhir pada jam 6:00 petang.

Kepada para pelajar Cosmopoint Kota Kinabalu yang berminat untuk menyertai program tersebut sila berhubung terus dengan Miss Meddy di talian 0168350290. Sila hubungi beliau selewat-lewatnya 25 Mei 2012, jam 2 petang.

Sumber : UMS ruj; PMUMS:SRPUMS12/1,4?JPCITRA/03/(09)